Wednesday, October 26, 2011

NCLEX-RN REVIEW 3500 APPLICATIONS

Perkongsian dan Storan Fail dalam Talian
NCLEX-RN Review 3500 - Institutional Version:
NCLEX3500 APPLICATION
Complete With Rationales



UNTUK MUAT TURUN
Free Download
4SHARED : DOWNLOAD
MEDIAFIRE : DOWNLOAD

MEDICAL DICTIONARY FOR MOBILE PHONE


UNTUK MUAT TURUN
Free Download
MEDIAFIRE : DOWNLOAD
P/S NOT FOR ANDROID

Sunday, October 23, 2011

haid

Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.
Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.
Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang biasa ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
Purata kitaran haid ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus perempuan yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi perempuan yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 mililiter. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.
Sesetengah perempuan akan mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.
Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan perempuan. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh perempuan tersebut. Mereka yang mengunjungi kedai farmasi akan ditemu bual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada perempuan berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temu bual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

Tempoh kesuburan
Panjang tempoh fasa follicular — dan dengan itu panjang tempoh kitaran haid — mungkin berubah dengan banyaknya. Bagaimanapun fasa luteal, hampir sentiasa mengambil tempoh jumlah hari yang sama bagi setiap wanita: Sesetengah wanita mempunyai fasa 10 hari, yang lain 16 hari, sementara purata adalah 14 hari. Sperma mampu hidup dalam wanita selama 3 hari secara purata, dengan tempoh sehingga lima hari dianggap biasa. Kehamilan disebabkan hayat sperma sehingga lapan hari pernah direkodkan.[7][8][9] Tempoh paling subur (masa kemungkinan kehamilan berlaku disebabkan hubungan kelamin) merangkumi tempoh masa 5 hari sebelum ovulasi sehingga 1–2 days selepas ovulasi. Dalam kitaran purata 28 hari dengan 14-hari fasa luteal, ini bersamaan dengan minggu kedua dan permulaan minggu ketiga kitaran haid. Kaedah mengelak kehamilan menggunakan pintar subur (Fertility awareness) cuba menentukan tempoh tepat ovulasi bagi menentukan hari kemungkinan subur dan tidak subur dalam kitaran haid.
Mereka yang mendengar mengenai kitaran haid dan ovulasi sering kali silap menganggap, bagi tujuan mencegah kehamilan, bahawa kitaran haid tetap mengambil masa 28 hari, dan ovulasi sentiasa berlaku 14 hari selepas permulaan haid. Anggapan ini mungkin mendorong kepada kehamilan tidak dirancang. Ambil perhatian juga bahawa bukan semua pendarahan dianggap haid, dan ini boleh mengelirukan semasa pengiraan tempoh subur mereka.
Sekiranya wanita ingin hamil, tempoh paling subur berlaku antara 19 dan 10 hari sebelum jangkaan haid. Ramai wanita menggunakan kit pengesan ovulasi yang mengesan kehadiran peningkatan LH dalam air kencing untuk menunjukkan tempoh paling subur. Sistem mengesan ovulasi lain bergantung kepada pengamatan satu atau lebih dari tiga tanda kesuburan utama (suhu badan (basal body temperature), cecair pangkal rahum, dan kedudukan pangkal rahim).
Dikalangan wanita yang tinggal berdekatan, permulaan haid cenderung untuk berlaku serentak. Kesan McClintock mula digambarkan pada 1971, dan kemungkinannya dijelaskan melalui tindakan pheromone pada 1998.[10] Bagaimanapun, kajian selanjutnya mempertikaikan keputusan ini.[11]

pemakanan seimbang




KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

·         Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
·         Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan.  Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.

LANGKAH PENJAGAAN DIET

1.     Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2.     Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3.     Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4.     Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga.  Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5.     Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

a.      Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
·         Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi.  Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

a.      Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

·         6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

a.      Kurangkan kafein

·         Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres.  Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

a.      Kurangkan pengambilan garam.

·         Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.  Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

a.      Kurangkan gula

·         Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.





a.      Berhenti merokok

·         Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan.  Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

a.      Berhenti dari pengambilan alkohol

·         Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

a.      Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

·         Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a.      Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

·         Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a.      Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

·         Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

penjagaan semasa hamil

penjagaan semasa hamil
Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.
8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.
Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung


Pentingnya Pemakanan1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.
2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.
3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.
4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.
5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.
6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.
7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.


Antara amalan dan penjagaan yang boleh diikuti ialah:

  • Makan makanan mencukupi dan seimbang setiap hari.
  • Tidur dan rehat secukupnya.
  • Sentiasa bertenang.
  • Jaga kebersihan diri.
  • Mandi setiap hari.
  • Berpakaian bersih dan selesa.
  • Dapatkan pemeriksaan di klinik, pusat kesihatan atau hospital seperti dinasihatkan oleh kakitangan kesihatan.
Selain itu, ibu hamil juga perlu sering menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat doktor jika:
  • Berusia di bawah 19 tahun.
  • Hamil anak sulung ketika berusia 35 tahun ke atas.
  • Hamil ketika berusia lebih 40 tahun.
  • Kandungan anak yang kelima atau lebih.
  • Jarak kelahiran kurang daripada dua tahun atau lima tahun ke atas.
  • Ibu yang mempunyai masalah pada kandungan lalu seperti tumpah darah ketika hamil, tumpah darah selepas bersalin, anak mati di dalam perut, keguguran berturut-turut, lebih daripada dua kali pada kandungan yang lalu.
  • Ibu hamil berpenyakit diabetes.
  • Ibu hamil menghidap buah pinggang.
  • Ibu berpenyakit jantung.
  • Kehamilan kembar.
  • Kedudukan janin luar biasa sama ada songsang atau melintang.
  • Kurang darah.
  • Menghidap darah tinggi, kencing kotor dan kaki bengkak ketika hamil.

perancang keluarga









Kenapakah anda perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai
anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
Berumur diantara 20 dan 35 tahun
Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi.
Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.
Pasangan ingin mempunyai anak
Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?
1. Kaedah semulajadi
o
Kaedah masa subur
o
Suhu badan asas
o
Kaedah cairan dan lendiran faraj
o
Kaedah gabungan
o
2. Kaedah halangan
Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
o
Kondom
o
Topi servik
o
3. Hormon
Diafram
o
Pil
o
Implan
o
4. Alat dalam rahim
5. Kaedah kekal
Suntikan
o
Ikatan tiub fallopian/peranakan
o
Pembedahan mengikat saluran mani lelaki
Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:
Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
anak yang lebih baik
Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan
Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi

Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil.
Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai
criteria seperti di bawah:
Dalam masa 7 hari selepas haid normal
Dalam masa 7 hari selepas keguguran
Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
haid
Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun
Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :
Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir
melakukan ujian kehamilan air kencing atau
boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)
tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma
Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?
1. Hormon (pil)
o
Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
o
Selepas keguguran- mulakan serta merta
o
Selepas kelahiran :-
􀂃
anak
Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan
􀂃
lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula
2. Suntikan hormon
Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau
o
Mulakan dalam masa 7 hari haid
o
Mulakan serta merta selepas keguguran
o
Selepas kelahiran
􀂃
Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
􀂃
3. Alat dalam rahim
Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak
o
Semasa haid
o
Serta merta selepas keguguran
o
4. Kaedah kekal
6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
o
Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
􀂃
serta-merta selepas melahirkan atau
􀂃
6 minggu selepas melahirkan atau
􀂃
Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
􀂃
Bila-bila masa
o
Lelaki (Vasektomi)
􀂃
Apakah yang perlu anda lakukan jika saya terlupa mengambil pil
kombinasi hormone paket 21
Lambat memulakan
o
pemusnah sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.
Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan
Terlupa 1 pil
o
Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.
Terlupa 2 atau lebih pil
o
Gunakan kondom untuk selama 7 hari
o
Ambil pil hormon
o
atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil
hormone yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan
mulakan paket baru pada hari esoknya.
Kira berapa bilangan pil hormone yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji
Bila-bila masa.
Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga