Wednesday, October 26, 2011

NCLEX-RN REVIEW 3500 APPLICATIONS

Perkongsian dan Storan Fail dalam Talian
NCLEX-RN Review 3500 - Institutional Version:
NCLEX3500 APPLICATION
Complete With Rationales



UNTUK MUAT TURUN
Free Download
4SHARED : DOWNLOAD
MEDIAFIRE : DOWNLOAD

MEDICAL DICTIONARY FOR MOBILE PHONE


UNTUK MUAT TURUN
Free Download
MEDIAFIRE : DOWNLOAD
P/S NOT FOR ANDROID

Sunday, October 23, 2011

haid

Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.
Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.
Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang biasa ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
Purata kitaran haid ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus perempuan yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi perempuan yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 mililiter. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.
Sesetengah perempuan akan mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.
Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan perempuan. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh perempuan tersebut. Mereka yang mengunjungi kedai farmasi akan ditemu bual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada perempuan berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temu bual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

Tempoh kesuburan
Panjang tempoh fasa follicular — dan dengan itu panjang tempoh kitaran haid — mungkin berubah dengan banyaknya. Bagaimanapun fasa luteal, hampir sentiasa mengambil tempoh jumlah hari yang sama bagi setiap wanita: Sesetengah wanita mempunyai fasa 10 hari, yang lain 16 hari, sementara purata adalah 14 hari. Sperma mampu hidup dalam wanita selama 3 hari secara purata, dengan tempoh sehingga lima hari dianggap biasa. Kehamilan disebabkan hayat sperma sehingga lapan hari pernah direkodkan.[7][8][9] Tempoh paling subur (masa kemungkinan kehamilan berlaku disebabkan hubungan kelamin) merangkumi tempoh masa 5 hari sebelum ovulasi sehingga 1–2 days selepas ovulasi. Dalam kitaran purata 28 hari dengan 14-hari fasa luteal, ini bersamaan dengan minggu kedua dan permulaan minggu ketiga kitaran haid. Kaedah mengelak kehamilan menggunakan pintar subur (Fertility awareness) cuba menentukan tempoh tepat ovulasi bagi menentukan hari kemungkinan subur dan tidak subur dalam kitaran haid.
Mereka yang mendengar mengenai kitaran haid dan ovulasi sering kali silap menganggap, bagi tujuan mencegah kehamilan, bahawa kitaran haid tetap mengambil masa 28 hari, dan ovulasi sentiasa berlaku 14 hari selepas permulaan haid. Anggapan ini mungkin mendorong kepada kehamilan tidak dirancang. Ambil perhatian juga bahawa bukan semua pendarahan dianggap haid, dan ini boleh mengelirukan semasa pengiraan tempoh subur mereka.
Sekiranya wanita ingin hamil, tempoh paling subur berlaku antara 19 dan 10 hari sebelum jangkaan haid. Ramai wanita menggunakan kit pengesan ovulasi yang mengesan kehadiran peningkatan LH dalam air kencing untuk menunjukkan tempoh paling subur. Sistem mengesan ovulasi lain bergantung kepada pengamatan satu atau lebih dari tiga tanda kesuburan utama (suhu badan (basal body temperature), cecair pangkal rahum, dan kedudukan pangkal rahim).
Dikalangan wanita yang tinggal berdekatan, permulaan haid cenderung untuk berlaku serentak. Kesan McClintock mula digambarkan pada 1971, dan kemungkinannya dijelaskan melalui tindakan pheromone pada 1998.[10] Bagaimanapun, kajian selanjutnya mempertikaikan keputusan ini.[11]

pemakanan seimbang




KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

·         Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
·         Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan.  Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.

LANGKAH PENJAGAAN DIET

1.     Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2.     Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3.     Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4.     Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga.  Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5.     Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

a.      Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
·         Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi.  Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

a.      Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

·         6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

a.      Kurangkan kafein

·         Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres.  Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

a.      Kurangkan pengambilan garam.

·         Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.  Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

a.      Kurangkan gula

·         Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.





a.      Berhenti merokok

·         Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan.  Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

a.      Berhenti dari pengambilan alkohol

·         Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

a.      Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

·         Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a.      Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

·         Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a.      Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

·         Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.